Banner
Show/Hide Toggle
 
Getrahome
 

Selamat Datang ke Getrahome!

Getrahome merupakan sebuah syarikat Pemaju Perumahan Bumiputera yang membangunkan kawasan Sepang dan Bangi dengan menawarkan kepelbagaian jenis hartanah.

 
Getrahome
 
Getrahome Muka Utama Getrahome
Fasa 2A (Lestari) mendapat sambutan hangat!

Rumah Teres 2 tingkat (Lestari) 44 unit telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para pembeli baru yang kebanyakkannya terdiri daripada mereka warga kerja Pusat Pentadbiran Putrajaya kerana lokasi Taman Ixora yang tidak jauh dari Putrajaya.

Walau bagaimanapun unit-unit tersebut masih lagi ada terutama dengan pembukaan blok baru yang berhadapan dengan tapak tadika serta surau. Getrahome juga memang telah sedia membantu kakitangan kerajaan dalam urusan pinjaman kerajaan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan di Putrajaya. Melalui khidmat ini, pembeli khususnya kakitangan kerajaan tidak perlu menguruskan pinjaman mereka, hanya melengkapkan sahaja dokumen yang diperlukan dan selebihnya Getrahome yang akan uruskan. Borang pinjaman juga disediakan untuk memudahkan urusan pinjaman di peringkat awal proses jual beli.

Getrahome mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembeli Fasa 2A yang menyokong pembangunan di Taman Ixora. Progres pembinaan juga boleh dilihat kemajuannya di tapak projek dan Rumah Contoh juga sedia menerima kunjungan orang ramai 7 hari seminggu.

Kepada anda yang masih mencari kediaman dengan harga yang kompetetif, lokasi yang amat strategik dengan kemudahan seperti sekolah, masjid, pekan baru, stadium, pejabat kerajaan yang berdekatan selain dekat dengan KLIA, Stesen ERL, Litar Lumba F1 Sepang, LCCT Air Asia dan sebagainya, sila hubungi kami 03-8706 4231 (Pejabat Jualan) untuk keterangan lanjut. Pegawai Jualan kami sedia membantu anda.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kediaman idaman anda di Taman Ixora dengan Pakej Pinjaman Rumah bank yang banyak menawarkan pakej dengan kadar faedah yang rendah dan fleksibel. Inilah masanya..

 
< Sebelumnya   Berikutnya >