Banner
Show/Hide Toggle
 
Getrahome
 

Selamat Datang ke Getrahome!

Getrahome merupakan sebuah syarikat Pemaju Perumahan Bumiputera yang membangunkan kawasan Sepang dan Bangi dengan menawarkan kepelbagaian jenis hartanah.

 
Getrahome
 
Getrahome Muka Utama Getrahome
TERES 1 TINGKAT-Maya

Rumah Teres 1 tingkat (Maya) 20' x 70' telah dilancarkan pada Januari 2010. Sebanyak 135 unit rumah telah dibuka untuk jualan dan lebih 60 unit telah terjual. Harga bermula dari RM176,888 dan pinjaman bank serta Kerajaan diuruskan oleh pemaju.

Jangkaan siap adalah 24 bulan dari tarikh Perjanjian Jual Beli dan unit ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama dari kalangan kakitangan Kerajaan yang bertugas di Putrajaya kerana kedudukan lokasi yang strategik dan hanya kira-kira 25km dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya.

Kami mangalu-alukan para pembeli untuk memiliki unit Maya ini kerana tiada lagi projek Teres 1 tingkat seperti ini lagi di masa akan datang di Taman Ixora kerana Fasa 2B ini adalah yang terakhir yang kami bina khusus untuk Teres 1 tingkat selepas Fasa 1A pada tahun 2003 dahulu.

Dengan kelebihan dan ciri-ciri menarik seperti 3 + 1 bilik tidur serta ketinggian siling sehingga 10 kaki di samping keluasan lantai (binaan) 1,132 kps memberikan kepuasan kepada pemilik selain tidak perlu lagi mengeluarkan belanja bagi mengubahsuai bahagian dapur (belakang) kerana telah tersedia luas lantai yang maksimum.

 

Klik ke http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Urban&pg=ur_03.htm

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Berikutnya >