|
Getrahome Sdn Bhd dengan sukacitanya memaklumkan bahawa projek fasa baru - IXORA HILLPARK sedang dibuka pendaftarannya dengan menawarkan Rumah Berkembar dan Teres 2 tingkat yang bercirikan konsep moden serta rekabentuk yang menarik. Majlis Pendaftaran IXORA HILLPARK akan diadakan dan pengunjung boleh hadir ke majlis tersebut bagi mendaftarkan diri sebagai pembeli Rumah Berkembar dan Teres 2 tingkat yang akan dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun 2010 (mengikut perancangan). Getrahome akan mengadakan promosi besar- besaran melalui pengiklanan billboard, bunting, banner dan flyers serta akan terus mengadakan aktiviti 'Promosi Kaunter Jualan' di beberapa lokasi dan pameran pameran tertentu khususnya di sekitar kawasan Sepang, Cyberjaya dan Putrajaya. IXORA HILLPARK adalah antara kawasan elit di Taman Ixora yang berkedudukan di kawasan tanah tinggi (Fasa 2) yang mana akan dibina Rumah Berkembar dengan keluasan 35' x 70' serta unit yang terhad, manakala unit Teres 2 tingkat pula akan dibina di kawasan yang agak rendah dan projek IXORA HILLPARK ini adalah fasa terakhir yang akan dibangunkan di dalam Fasa 2 Taman Ixora. Tarikh Majlis Pra Pelancaran (Pendaftaran) IXORA HILLPARK pada 26hb Jun 2010 (Sabtu) Bertempat di Rumah Contoh Fasa2A (Teres 2 tingkat) Bermula jam 10.00pg hingga 5.00ptg. ** Perincian Reka Bentuk, luas binaan, spesifikasi, harga dan lain-lain info akan dimaklum kemudian.
|