|
Syarikat Roniaga Sdn Bhd di bawah kumpulan Pemaju Getrahome Sdn Bhd menawarkan unit-unit Rumah Berkembar 2 1/2 tingkat di Bangi 3, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Projek yang dibangunkan oleh Roniaga ini sedang dalam proses pembinaan dan mempunyai 76 unit yang akan dibangunkan dan terbahagi kepada 3 pakej pembangunan. Pakej 1 - Rumah Berkembar 2 1/2 tingkat 40' x 70' (14 unit) Pakej 2 - Rumah Berkembar 2 1/2 tingkat 40' x 80' (22 unit) -Rumah Contoh disediakan. Pakej 3 - Rumah Berkembar 2 1/2 tingkat 40' x 70' (40 unit) Projek Bangi 3 ini merupakan projek yang terakhir di bawah Roniaga yang terletak di Seksyen 3 di mana lokasinya dekat dengan UKM Bangi serta mempunyai tasik yang tersedia ada sebagai sebahagian lanskap kawasan ini. Jualan yang dibuka adalah Pakej 1 Rumah Berkembar 2 1/2 tingkat 40' x 70' (14 unit) dengan harga bermula dari RM773,503 dan yang menariknya 14 unit ini adalah unit yang mempunyai 'Double Frontage' dari segi rekabentuknya kerana bahagian ruang tamu dan keluarga, ruang makan dan bilik tidur utama yang menghadap keindahan tasik apabila siap dibina nanti. Bagi Pakej 2 dan Pakej 3 juga mempunyai unit-unit yang menghadap tasik namun tidak semua unit mendapat keistimewaan begitu kerana kedudukan rumah yang tidak seperti Pakej 1 yaang boleh dikatakan antara unit yang sangat menarik dan terhad. Kepada yang berminat, boleh menghubungi kami :- Pejabat Jualan Bangi 3 : 03.8920.4770 / 019.5060.224 (En. Farid Abdullah) Ibu Pejabat (Shah Alam) : 03.5511.6618
|